Header Ads

Ketahui Cara ‘Budak Skema’ Jadi Hebat!


Budak ‘skema’ atau nerd selalu dianggap sebagai individu yang tidak suka bersosial dan tertutup orangnya. Malah mereka tidak punya ramai teman dan sering mendapat jolokan “ulat buku” di sekolah/kuliah. Biarpun diejek berjuta kali, mereka tetap begitu. Bukanlah nak salahkan kamu kerana jadi begitu, asalkan kamu tahu membawa diri dengan baik sudah memadai. Tapi bagaimana caranya?

➩ Merendah Diri
Ya! memang terbukti kamu seorang individu yang sangat bijak. Tetapi tidak semestinya kamu boleh menganggap diri kamu sempurna. Jangan sesekali kamu letakkan status diri sebagai “aku yang paling tahu” dalam diri. Ini boleh menimbulkan kebencian orang sekeliling. Jadilah orang yang suka merendah diri dan sering memberi tunjuk ajar pada yang lain.

➩ Konsep Sharing
Usah rasa aneh saat berkongsi ilmu dengan teman lain. Jangan pernah ragu atau malas untuk menghulurkan bantuan kepada teman yang memerlukan. Percayalah! Bila kamu belajar berkongsi ilmu yang kamu ada nescaya kamu akan lebih menghargai nilai persahabatan. Kamu akan jadi lebih terbuka dan mudah menerima pandangan orang lain. Lagipun inilah masanya untuk kamu tambah kenalan.

➩ Minimakan Keinginan
Tidak dinafikan kamu juga punya banyak keinginan. Jika mahu dibandingkan dengan teman yang lain, kamu lebih banyak memberi tindak balas terhadap pembelajaran di dalam kelas. Namun kamu diingatkan supaya tidak terlalu memonopoli, takut-takut nanti akan wujud perselisihan faham antara kamu dan yang lain. Beri ruang kepada orang lain juga untuk melontarkan pandangan.

➩ Bersosial
Rugi rasanya kalau punya kebijaksanaan tetapi hidupnya seakan kosong. Tidak punya teman untuk berkongsi rasa, malah nikmat hidup tidak mampu kamu selami. Ingat! bukan semua benda kamu boleh belajar dan praktik melalui buku. Persekitaran juga memainkan peranan penting. Belajarlah untuk beriadah bersama teman. Jangan sempitkan pemikiran okay.

➩ Tahu Menilai
Memang patut pun kamu ajar diri untuk menilai sesuatu perkara diluar lingkup pemikiran kamu. Jangan terlalu tertutup. Susah! Kamu kena ingat, kamu bukan hidup berseorangan, akan wujud orang sekeliling yang sentiasa ada untuk memberi dan menerima apa yang kamu beri. Elakkan daripada memiliki pemikiran negatif.

➩ Menghargai
Hargailah teman-temanmu yang sudi menghulurkan bantuan tika senang mahupun susah kamu. Janganlah bila senang kamu tidak menghiraukan mereka, bila dah susah baru nak cari. Penghargaan yang tidak seberapa itu rasanya tak membebankan kamu pun. Betul tak? Biar orang nampak kamu bijak dalam pada masa yang sama kamu sangat sporting!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.