Video CCTV Pelajar UniMAP Mati Terjatuh Tingkat 6

ALOR SETAR – Seorang penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meninggal dunia malam tadi selepas terjatuh dari Tingkat Enam di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di sini pada Ahad lepas.
Dalam kejadian 6 petang itu, Mohd Nur Hadi Hamdan, 18, terjatuh dari Tingkat Enam ke Tingkat Dua bangunan itu selepas dikatakan tergelincir ketika hendak mengambil gambar.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata mangsa meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Mohd Nur Hadi, yang koma lebih 24 jam itu, cedera parah di bahagian kepala, hidung dan telinganya.
“Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian mangsa akibat kecederaan di beberapa bahagian anggota badannya. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya di sini, Selasa.
Adzaman berkata siasatan awal mendapati Mohd Nur Hadi, kakaknya yang berusia 20 tahun serta adik lelakinya yang berusia 16 tahun ke tingkat enam bangunan itu untuk mengambil gambar.
Sebelum itu, mereka dan ibu bapa berada di sebuah kedai buku di Tingkat Empat sebelum meminta kebenaran untuk ke Tingkat Enam di bangunan itu untuk mengambil gambar.
Katanya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat letak kereta menunjukkan mangsa cuba berpaut pada tembok terbabit sebelum terjatuh ke Tingkat Dua. – BERNAMA
Kes seorang pelajar UniMap Perlis terjatuh dari tingkat 6
Kes seorang pelajar UniMap Perlis terjatuh dari tingkat 6 di Shopping Complex City Plaza Alor Setar pada 3/5/2015 ketika membeli belah bersama keluarga. Beliau meninggal dunia semalam 4/5/2015 jam 9.30pm di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar. Mohon sedekahkan Al Fatihah pada arwah.More : Sukan Star TVBy : Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Tuesday, May 5, 2015
Post a Comment