Header Ads

5 SEBAB DRAMA ‘HATI PEREMPUAN’ ADALAH ISI HATI SEBENAR WANITA MELAYU



Siapa yang follow drama bersiri TV3 Hati Perempuan kat sini, angkat tangan! Walaupun penulis tak nampak kalau korang angkat tangan sekalipun, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh membincangkan hal drama yang menarik perhatian ramai ini.


Ramai yang mengata kononnya cerita tersebut sikit-sikit merajuk, sikit-sikit salah faham, tak masuk akal dan sebagainya. Tetapi, tahukah kamu sebenarnya drama ‘Hati Perempuan’ adalah memang benar-benar isi hati sebenar wanita Melayu, terutama tentang harapan dalam perhubungan. Nah, ini buktinya!

1. Wanita Melayu dambakan lelaki yang boleh diharap

Dalam drama ini, hero digambarkan sebagai orang yang boleh diharap. Tetapi tengoklah sekeliling kamu, boleh tak kira berapa kerat lelaki yang boleh kamu harapkan dalam hidup kamu? Ada suami pun, kerjanya menghadap Facebook jadi keyboard warrior. Kalau ada kecemasan di luar rumah, bolehkah kamu harapkan mereka untuk tolong kamu? Atau kamu cuma dapat harapkan dia ambil video dan viralkan?

2. Wanita Melayu dambakan lelaki yang kacak

Definisi lelaki kacak di Malaysia ni memang meluas. Kacak dalam aspek ini ialah yang kemas dan pandai jaga penampilan. Namun sekali lagi kamu harus lihat di sekeliling. Lelaki nak isteri atau teman wanitanya cantik, tapi dia sendiri hado. Kalau keluar rumah pun pakai selipar je. Minyak wangi? Apa itu minyak wangi dalam kehidupan lelaki?

3. Wanita Melayu dambakan lelaki yang romantis

Hero dalam drama Hati Perempuan memang seorang yang romantis dan lelaki romantis memang jadi dambaan setiap wanita. Tetapi, mana nak dapat lelaki romantis dan gentleman kat Malaysia ni agaknya? Yang ada pun, romantis masa nak mengorat saja. Bukan main dia punya sweet. Lepas dah kahwin, nak jawap WhatsApp pun susah, apatah lagi nak sweet-sweet macam dulu.

4. Wanita Melayu dambakan kehidupan yang tiada masalah kewangan

Biar ada masalah perhubungan, jangan ada masalah kewangan. Itulah konsep dalam drama Hati Perempuan, dan kerana itulah ramai para wanita follow drama ini. Jarang sekali wanita Melayu sudi untuk follow cerita berkonsepkan stress-realiti contohnya bila GST dikenakan pada makanan, kat mana suami nak cekau duit. Ataupun bila duit tak cukup, kena meniaga goreng pisang untuk tambah pendapatan. Mereka tak mahu tengok semua tu. Mereka mahu hidup bersama lelaki kaya; gaduh hari-hari takpe, asalkan pagi-pagi breakfast ada orang gaji sediakan fresh orange.

5. Wanita Melayu dambakan kehidupan seperti fantasi

Mana ada orang kaya yang kacak dan berjaya tiba-tiba gedebuk jatuh dari langit pergi rumah awak dan lamar awak jadi isteri? Kalau ada mungkin 1 dalam 1000 kes sebegini. Samalah macam dengan kes Awang Hitam yang menyamar jadi doktor yang kaya raya dan berjanji akan melamar kamu menjadi isteri. Alih-alih, dia pinjam duit kamu untuk perniagaannya, lalu kamu pun tertipu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.