Header Ads

AlFatihah Dan Takziah Buat Siti Nurhaliza


Takziah diucapkan kepada penyanyi kesayangan ramai iaitu Dato Siti Nurhaliza kerana baru saja kehilangan nenda yang tersayang. Mengikut sumber, allahyarham telah meninggal di Hospital Kuala Lipis pada usia 91 tahun dan telah terlantar di sana kira-kira dua minggu.

Pemergian nenek tersayang yang bernama Teh Te’ek sudah tentu meninggalkan kesan buat penyanyi ini. Menurut sumber, allahyarham telah meninggal pada jam 12.45 tengah hari kerana sakit tua. Dato Siti turut berkongsi berita duka tersebut di laman sosial Instagram dan berdoa agar roh nendanya ditempat di kalangan orang-orang yang beriman.

Kali terakhir penyanyi ini berjumpa dengan nendanya ialah pada 2 Mei lalu sewaktu menghadiri majlis Malam Seribu Bintang anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Kuala Lipis. Bukan itu saja, beliau turut sempat melawat arwah di Hospital pada sebelah petang kerana sebelum ini neneknya selalu berulang alik ke hospital kerana mempunyai pelbagai penyakit seperti kencing manis, buah pinggang dan jantung.

Bukan itu saja, Dato Siti terus bergegas untuk pulang ke kampung halaman sejurus saja mendapat berita sedih tersebut. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tempoyang, Kuala Lipis selepas solat Isyak.Takziah sekali lagi kepada Dato Siti dan keluarga semoga mereka sekeluarga terus tabah dan bersabar.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.