"Apa salah arwah ayah saya sehingga dihina sebegini?" - Ahmad Maslan
Itu penjelasan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan rasa kesal kerana nama arwah ayahnya dinamakan dalam permainan telefon pintar Android.
"Ayah saya sudah tiada; tolong jangan hina dia. Maslan adalah seorang penoreh getah yang miskin dan buta huruf," katanya kepada Astro AWANI yang turut dimuatkan di dalam catatan Twitter terbaharunya.
Astro AWANI mendapati, permainan baharu Maslan yang dinamakan 'MASLAN 3.85 Entended Version' dan 'Tampar Maslan' mula dipromosi di laman sosial termasuk sistem pesanan WhatsApp pada Rabu.
Dalam pada itu, kata Ahmad, pihak pembangun permainan itu turut disifatkan tidak tahu namanya dan sengaja menamakan nama arwah ayahnya untuk terus memburukkan lagi situasi.
"Nama saya pun puak-puak ini tidak tahu," ujarnya.
hmad sebelum ini dilaporkan kecewa apabila kebanyakan kenyataannya, terutama mengenai isu Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST), banyak diputarbelitkan beberapa pihak.
Kata Ahmad, walaupun kehidupannya sebagai seorang menteri banyak berubah selepas pelaksanaan GST kerana menjadi sasaran ditertawakan, namun sedar tanggungjawabnya untuk terus memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kebaikan GST.
Post a Comment