Bercinta Dengan Adik Sendiri

UNITED KINGDOM - Sudahlah songsang, ditambah pula dengan nasib yang malang apabila pasangan kekasih homoseksual terkejut mereka rupanya adik beradik kandung.
Perkara itu hanya diketahui oleh Paul dan Lee setelah menjalani ujian DNA yang didedahkan dalam rancangan kekeluargaan, The Jeremy Kyle Show.
Paul dan Lee hanya mampu terkedu apabila menerima berita itu. Ditambah pula hubungan 'cinta songsang' mereka berdua telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya.
"Rupa-rupanya kami berkongsi ibu kandung yang sama,"
Apabila ditanya mengenai perasaan mereka setelah mengetahui keputusan DNA itu, Paul dan Lee berkata,
"Ini berita yang amat teruk. Rasa nak termuntah pun ada," kata mereka yang tidak dapat menahan perasaan geli.
Difahamkan, kehadiran Paul dalam kehidupan Lee membuatkan rakan-rakan Lee menyatakan wajah lelaki itu iras dengan wajah bekas suami ibu Lee, iaitu Ron.
Ibu mereka, Ena, yang mempunyai empat orang anak, terpaksa menyerahkan Paul kepada pusat kebajikan kanak-kanak semasa berusia 18 bulan dan Lee pula dilahirkan selepas Ena bercerai dengan Ron.
"Apabila saya bertemu dengan Paul buat kali pertama, saya rasa wajah dia saling tak tumpah menyerupai wajah bekas suami," katanya.
Ekoran dari pendedahan itu, Paul dan Lee telah memutuskan hubungan cinta songsang mereka. Namun mereka berjanji akan sentiasa menyokong kehidupan masing-masing.
Post a Comment