Header Ads

'Boikot Program Realiti TV'



PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini menerusi khutbah Jumaat menyeru agar seluruh umat Islam di Malaysia memboikot semua program berbentuk 'realiti televisyen' yang disiarkan oleh stesen TV tempatan kerana isinya tidak bertepatan dengan kehendak agama dan boleh melalaikan.

Khutbah Jumaat yang bertajuk 'Jihad Menentang Kebatilan' itu turut menegaskan, kebanyakkan program realiti TV pada ketika ini dilihat menggalakkan sifat cintakan dunia dan memesongkan akidah umat Islam khususnya golongan remaja yang merupakan penonton rancangan seperti itu.

"Selain itu, realiti TV juga sering mengeluarkan unsur-unsur negatif seperti membuat jenaka lucah, mendedahkan aurat, lelaki berpakaian seperti wanita dan sebagainya.

"Amat penting untuk kita mengawal anak-anak dari hiburan yang tidak bermakna dan membentuk mereka lebih berminat kepada hiburan yang berdasarkan undang-undang Islam.

"Marilah kita memboikot rancangan seperti itu," demikian ayat dalam kandungan khutbah tersebut.

Reaksi netizen pula berbeza, ramai yang menyarankan agar rancangan seperti itu diharamkan terus kerana tiada gunanya memboikot.

"Nak boikot apanya? Nak boikot barangan Israel pun susah, ini kan pula nak memboikot rancangan realiti televisyen? Masyarakat kita hanya mampu memboikot separuh jalan sahaja.

"Daripada memboikot program TV seperti itu, lebih baik haramkan saja," kata mereka.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.