Kesan Pengambilan Minum Ais Terhadap Jantung
Kesan Pengambilan Minum Ais Terhadap Jantung | Perkongsian dari Ahmad Jarwis
Pentingnya amalan meminum air suam/panas selepas makan kerana bagus untuk kesihatan. Pastinya ramai mengetahui tentang hal ini, namun tabiat pengambilan meminum air sejuk yang mengandungi ais sudah menjadi kebiasaan di kala waktu pagi, tengahari, petang mahupun malam.
Kesegaran disebalik minuman ais ini sebenarnya mengundang bahaya. Tetapi, hanya segelintir masyarakat yang mengambil berat akan keadaan ini. Sedikit perkongsian saya supaya ramai yang tidak senasib seperti saya.
Kisahnya bermula apabila setiap kali waktu rehat pejabat, saya akan turun ke gerai makanan dan memesan air minuman sejuk (ais). Begitulah rutin setiap hari dalam kehidupan saya. Pada sebelah malam pula, saya makan malam bersama keluarga saya dan pastinya tidak terlepas untuk memesan air sejuk seperti jus dan sebagainya. Setiap titik air sejuk yang masuk ke dalam rongga berasa amat segar. Kadang-kala sampai pernah brain freeze makan ABC tetapi tiada siapa dapat menyangkal akan kesegaran air minuman ais.
Hampir setahun berlalu, berlakulah detik hitam dalam sejarah kehidupan saya. Ketika hendak bangun dari tidur, saya berasa dada saya berasa amat sakit dan kepala saya berasa sejuk dan hendak pitam. Mujur isteri saya segera mendakap saya sewaktu saya hampir terjatuh ketika hendak berjalan ke bilik air.
Isteri saya segera menghantar saya ke wad kecemasan. Doktor mengesahkan bahawa saya terkena serangan jantung. Tetapi masih pada peringkat awal. Sekiranya saya tidak segera merawat, tidak mustahil serangan jantung akan sampai ke tahap bahaya (kronik).
Saya merujuk kepada doktor pakar dan mengesahkan bahawa bahaya pengambilan air minuman sejuk/ ais adalah sangat bahaya untuk kesihatan. Doktor menasihatkan saya supaya kerap meminum air suam/ panas dan hindarkan daripada meminum air yang berais.
Kini saya telah meninggalkan tabiat tersebut.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa, malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Post a Comment