Header Ads

Luahan Sedih Datuk Siti Nurhaliza Tentang Skandal Politik Tabung Haji

KUALA LUMPUR: Akaun Twitter penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mendapat perhatian umum hari ini apabila tuit beliau menyentuh tentang situasi yang melibatkan urus niaga pembelian hartanah oleh Lembaga Tabung Haji (LTH).



“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji.. Ya Allah Lindungi kami,” ujar Siti Nurhaliza dalam Twitternya.

Tuit tersebut walaupun ringkas tetapi memberi impak tersendiri kepada pihak yang memahami tentang situasi berkenaan. Setelah lima jam, tuit tersebut telah mendapat lebih 2,500 tweet semula dan lebih 1,000 ‘Like’.

Pada Khamis lalu, LTH mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Board (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menerusi kenyataan media.

Menurutnya, pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.