Pecat Pengurus, Nora Danish Tanggung Nedim Nazri?
Kini Nedim Nazri dikatakan sudah menjadi pengurus Nora selepas pembantu peribadinya dipecat. Malah menurut sumber Cik Pang juga, kini Nedim tidak lagi membantunya dari segi sumber kewangan selepas berdepan dengan isu membabitkan bapanya.
Nora juga turut didakwa menjadi pak turut apa saja kehendak dan kemampuan teman lelakinya, sehingga kalau Nora terpaksa ke mana-mana acara, bukan teman lelakinya itu yang membantu, sebaliknya Nora terpaksa melakukan sendiri perkara tersebut.
Usaha kami untuk menghubungi Nora untuk mendapatkan jawapan sebenar tidak berhasil. Apa pun, kita tunggu dan lihat apa jawapan yang akan diberikan Nora nanti apabila dia sudah bersedia untuk memberikan jawapan terhadap isu ini.
Post a Comment