Header Ads

Tahukah anda : Dua orang menteri terkacak di dunia yang mampu buat hati wanita cair


Jika selama ini kita melihat barisan menteri-menteri di dunia adalah dikalangan mereka yang agak berumur tetapi tahukah anda ada dua orang menteri kacak yang mampu membuatkan hati para wanita cair.
Kedua-duanya dikatakan antara menteri yang yang memiliki gaya keterampilan yang maskulin dan rupa paras seakan hero filem yang digilai wanita pelbagai lapisan.
Siapakah gerangan menteri itu?

Khairy Jamaluddin

Dilahirkan pada 10 Januari 1976 di Bandaraya Kuwait dan merupakan anak lelaki tunggal bagi seorang bekas diplomat Dato’ Jamaluddin Abu Bakar dan Dato’ Rahmah Abdul Hamid. Beliau melanjutkan pelajaran di United World College of South East Asia,Singapura, seterusnya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE). Beliau mendirikan rumahtangga pada 3 oktober 2001 dengan Nori Abdullah dan dikurniakan tiga orang cahayamata.
Menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan secara tidak langsung mengangkat beliau sebagai menteri termuda di Malaysia. Beliau dilihat lebih mudah mendekati golongan muda dan disenangi kerana penampilannya yang bersahaja serta sempoi. Mengenakan pendekatan ibarat rakan secara tidak langsung mampu menarik golongan belia kearah lebih berinovasi.
Penampilan serta gaya beliau yang bersahaja dalam apa jua acara dilihat menjadi perhatian banyak mata terutama golongan wanita. Diklasifikasikan sebagai menteri terkacak dan paling bergaya di Malaysia yang digilai para wanita. Beliaulah ikon belia Negara.
1

Gabriel Wikström

Beliau merupakan Menteri Kesihatan Awam Dan Sukan Sweden yang termuda. Dilantik menjadi menteri seawal umur 29 tahun dan ramai yang kagum dengan kebolehannya dalam usia muda hingga beliau mempunyai kelab peminat sendiri. Dilahirkan pada 21 Februari 1985, Gabriel memulakan kerjaya dalam bidang politik sejak berusia 21 tahun.
Gambar-gambar beliau sering menjadi viral di laman sosial kerana wajahnya yang kacak dan usianya yang masih muda beliau sering mendapat lebih perhatian dan menerima banyak luahan cinta para gadis. Beliau yang masih belum mendirikan rumahtangga menjadi tumpuan setiap mata wanita.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.