Ziana Zain Bawa Keperibadian Wanita Muslimah Ke Cannes
Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Ziana Zain mengakui festival tersebut mampu membuka mata dan memberi ruang untuk masyarakat di Barat bagi lebih memahami kehidupan wanita Islam menerusi cara berpakaian dan pergaulan.
“Ada yang cukup kagum dengan rekaan pereka tanah air kita yang mereka busana muslimah. Saya sendiri sempat bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) New Horizon Pictures dari Los Angeles, John Stienfield Partouche”
“John sendiri sebelum ini menganggap wanita Islam hanya memakai purdah dan jubah. Tapi selepas dijelaskan, baru dia nampak gambaran sebenar wanita Islam yang masih boleh berfesyen selagi tidak lari atau tersasar dari ketetapan agama,” ujar Ziana Zain.
Ziana Zain dipilih sebagai wajah ilham rekaan Rizman Ruzaini untuk festival berkenaan. Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen tempatan seperti Tom Abang Saufi dan Fara Khan turut menyertai festival fesyen tersebut
Post a Comment