9 GAMBAR PERKAHWINAN - Nubhan, Isteri Pilih Amsterdam Untuk Berbulan Madu
Menurut Nubhan, mereka akan ke destinasi tersebut pada awal September ini sebaik sahaja isterinya pulang dari Mesir untuk menguruskan hal pembelajarannya dalam masa terdekat ini.
“Afifah masih lagi belajar dalam bidang perubatan di Mesir dan akan tamat pengajian pada Jun 2016. Sekarang dia bercuti dan semester baharu akan bermula penghujung September. Jadi kami akan gunakan kesempatan yang ada untuk bercuti dan berbulan madu ke Amsterdam”
“Destinasi itu dipilih kerana panoramanya yang cantik dengan seni bina bangunan yang menarik,” kata Nubhan kepada Utusan Malaysia. Semoga perjalanan percutian pasangan ini nanti akan dipermudahkan. Kami kongsikan beberapa lagi gambar sepanjang majlis pernikahan berlangsung semalam. Enjoice!
Post a Comment