AZRI AF DAPAT NAMA ANAK MELALUI MIMPI
"Semuanya Alhamdulillah, okay dan tiada masalah. Sekarang, Salma tidak mengalami sebarang alahan, begitu juga dengan saya. Kandungan isteri saya, kini mencecah enam bulan. Kami sudah menjalankan pemeriksaan imbasan kandungan, tetapi masih belum dapat dikenalpasti jantina bayi," jelas Azri.
Ditanya mengenai nama pula, Azri bercerita mengenai mimpinya, memberikan nama anak kepada bayi mereka.
"Dalam mimpi tersebut, saya memberikan nama perempuan. Tetapi, mungkin ianya sekadar mainan tidur, dan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya," tambahnya lagi yang nampak teruja untuk bergelar bapa.
Bagi Salma pula, di awal kehamilan, dia memang mengalami sedikit masalah dek kerana pembawaan. Disebabkan itu jugalah dia terpaksa menolak jemputan persembahan. Tetapi, kini, penyanyi yang muncul dari program 'Mentor' ini telah menerima semula jemputan nyanyian kerana keadaan kandungannya yang sudah stabil.
Buat Azri dan Salma, semoga semuanya berjalan lancar dan tahniah.
Post a Comment