Header Ads

Butik Muslimah Popular Jual Kasut Kulit babi?



Sebuah butik terkenal di dakwa menjual kasut berkulit babi.




Menurut Pemilik Butik Cala Qisya menafikan dakwaan tersebut. Malah sudah berulang kali menyatakan dakwaan tersebut tidak benar.

Sebenarnya, saya dah pelbagai cara dan sumber menjelaskan perihal kulit babi ini. Tapi saya jelaskan lagi disini yang,
KAMI TIDAK GUNA UNSUR BABI LANGSUNG, WALUPUN SEDIKIT UNTUK MATERIAL KASUT KAMI.
Tidakkah anda tahu? Atau perasan langsung? Yang kami sebenarnya guna KULIT MANGGIS?
Saya tak marah pada pemilik ig itu, mungkin beliau tak banyak mengkaji. Saya ahli kimia dulunya dan saya dah kaji,
KULIT MANGGIS lebih manis jika dibuat kasut. Hitam hitam manis begitu. Keras diluar tetapi jernih didalam.
Kulit babi tak syok langsung nak buat. Dah la kulit pun nak tak nak ada. Nak siat pun leceh.

Malah Menurut Hazwan Faiz yang merupakan dia berasa terkilan bila bangsa melayu sendiri jatuhkan peniagaan orang melayu. Malah dia sendiri ketawa bila membaca komen fitnah yang dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab

saya tidaklah berapa terkejut atau melatah tentang perihal ini. lagi pula saya hendak marah. saya faham dunia berniaga beginilah malah lebih teruk berbanding ini. saya sudah pun jangka lebih lagi nama @calaqisya yang saya tatang dari mula anak dan kini semakin naik, mesti akan berlaku sebegini.

kami masih sekeluarga senyum dan makan malam sambil gelak ketawa. walau isteri yang sarat mengandung naik pening dan saya khuatir kesihatan dia mungkin akan terjejas. alhamdulillah kami banyak bertenang.

cuma yang saya kasihankan ialah peniaga kecil yang lain. mungkin pengaruh peniaga ini tidak sekuat @calaqisya ataupun masih baru. perkara ini pasti akan jejaskan malah boleh membunuh mereka. semangat akan jatuh dan cita-cita akan musnah. pelanggan yang tidak berfikir panjang terus akan menghukum, reject serta was-was.

kita sentiasa dibunuh. semangat kita sentiasa di renyuk. tak perlu salahkan bangsa lain, amareka ataupun geng iluminati. hanya tengok bangsa sendiri. tak perlu bergaduh di low yat laung semangat bani kita. sedangkan bani sendiri meracun sesama sendiri.

hanya pengetahun dari google serta wiki sudah cukup jadi panduan untuk menghancur kan orang lain. tak ada usul periksa atau siasat secara dalam. hanya menaip dan terus menjadi tuhan. malah dengan lantang berjuang mahu jatuhkan kami sehingga muflis. besar betul cita-cita.

takperlu saya dedah siapa sebab nanti ramai pula nak jenguk akaun dia dan entah-entah saya juga dapat saham dosa. mintak dijauhkan. 
saya sudah berniaga hampir 5 tahun dan perkara material bukan saya ambil mudah sebab nak berniaga bukan sehari dua. saya kenal halal haram untuk disuap anak isteri. saya kenal yang mana babi dan yang mana manggis. mungkin lain orang lain penjelasan.

tahukah anda, untuk buat lab testing bukan hal kacang macam ketuk pintu jiran sebelah nak minta segelas air kosong. prosedur rumit dan makan masa.jabatan agama dah dirujuk dan insyaallah kami akan usaha lagi bagi hilangkan was prasangka.

bagi siapa yang lebih arif tentang proses untuk pengesahan material (contact person yang boleh mempercepatkan urusan di lab) boleh la pm sama supaya peniaga lain juga dapat faedah sama. InshaaAllah

SUMBER

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.