Header Ads

Hazami Terlantar Di ICU, Hidap Pendarahan Dalam Usus

Agak terkejut apabila kami membaca berita di Media Hiburan yang melaporkan penyanyi Hazami kini terlantar di ICU Pusat Perubatan Tropicana Damansara kerana menghidapi penyakit Diverticular Disease.

Diverticular Disease merupakan penyakit yang boleh muncul dalam bentuk kantung-kantung kecil di dinding usus yang dibahagikan kepada tiga jenis iaitu diverticulosis, diverticular bleeding dan diverticulitis.

Menurut pengurus beliau, Hazami pada malam Khamis mengadu sakit perut secara tiba-tiba, sebelum doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit berkenaan selepas pemeriksaan lanjut.


Sebenarnya Hazami sedang mengatur rencana untuk membuat kemunculan semula selepas lama menyepikan diri dalam industri. Bagaimanapun perkara itu terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kesihatan beliau.

Kami mendoakan Hazami cepat sembuh dan tiada perkara yang lebih serius berhubung sakitnya. Ayuh sama-sama doakan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.