Assalamulaikum. Satu mesej untuk peminat muda saya dari rumah (sama ada anda di dalam negara atau luar negara). Tolong mengembara. Keluar dari zon selesa anda. Pergilah lihat dunia ini. Kemudian pulang sebagai seorang yang bijak. Belajar sampai tahap MAKSIMUM & belajar luar negara ata bila dah kerja, simpan duit, pegi mengembara.
Bila saya lihat seseorang yang berumur 21 tahun supaya ‘balik Malaysia la’ agar saya tidak lupa asal-usul, saya sedih dan bimbang. Ini kerana (1) Dia berumur 21 tahun (2) Dia membuat komen pada sekeping gambar mendaki (3) Golongan macam mana yang dia kelilingi yang tidak menggalakkannya untuk belajar tapi menggalakkannya untuk menyinggung perasaan (mengatakan saya patut malu pada diri sendiri). Adakah ini masa depan Malaysia? ‘Haters’ yang menaip laju di smartphone mereka? Tidak ketika saya masih wujud.
Saya berkongsi gambar saya (bukan berbikini eh..lengkap berpakaian eh!) mendaki bukit dengan pemandangan indah ciptaan Allah dan awak minta saya balik rumah kerana saya lupa diri? Tak masuk akal.
Alhamdulillah saya boleh merantau dan jumpa orang dan saya fikir betapa bertuahnya saya menjadi Muslim rakyat Malaysia dan menyebarkan aura positif kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.
Saya bersyukur kerana dapat belajar sangat belajar tentang hidup, bumi hijau Tuhan dan Islam lebih daripada ketika saya berada di Malaysia (semua ilmu saya tentang Islam adalah daripada ibu bapa saya yang mengalakkan saya berfikir dan kemudian mengamalkan). Saya belajar bagaimana untuk menghargai perbezaan yang dicipta Tuhan dan itu membolehkan saya mempunyai kawan daripada segala jenis manusia.
Jadi ini adalah kali terakhir saya menulis post sebegini. Jika anda membaca ini dan menganggap saya sudah ‘sesat’, saya rasa sangat sedih untuk anda, untuk ‘arrogance’ dan ‘ignorance anda’. Jika anda mahu terus berfikiran sempit, Yuna Zarai bukan untuk anda.
Saya tak suka orang yang tak reti reti nak appreciate orang negara sendiri and tak abis abis rasa mcm dia hamba paling hebat dan perfect dalam dunia. Sudah lah tu nak condemn orang atas nama agama.
Kita memerlukan aura positif sekarang, lebih daripada sebelum ini. Kita semua SAMA tak ada hamba class A, class B, class C. Kesemuanya dalam perjalanan untuk menjadi seorang manusia yang hebat. Ucap je lah benda yang baik baik saja sesama sendiri. Kita adalah lebih baik dari ini.
Post a Comment