2 Suspek Kes Culik Di Kajang Berjaya Ditahan

Salah seorang daripada suspek adalah lelaki tempatan. Manakala seorang lagi rakannya warga Indonesia yang masing-masing berusia 28 dan 32 tahun.
Lewat petang semalam, kanak-kanak lelaki yang diculik di depan mata ibunya di hadapan Tadika Cekap Bahasa, Sungai Chua, Kajang pada jam 9 pagi, berjaya ditemui oleh seorang pemandu teksi, Nizam, dan dihantar pulang ke kediamannya pada jam 5.35 petang.
Menurut Nizam, dia menemui kanak-kanak itu sedang merayau di tepi jalan dan mengecam mangsa kerana gambarnya sudah viral di WhatsApp.
"Saya cam gambar budak itu dari satu mesej WhatsAPp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya kembali ke rumah," katanya yang bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai perkara itu kerana bimbang dengan keselamatan dirinya. -
Post a Comment