'Dia Lebih Romantik Dari Lakonan Drama Isteriku Bukan Tukang Masak' - Afifa

Setelah diamati dan diteliti, barulah ku sedar segala tentang baba adalah sweet. Kalau baba ada di rumah, semua urusan anak dia nak buat. Mandikan, bagi susu, pakaikan baju, tidurkan dan semua berkaitan rumahtangga. Pendek kata, baba tapau semua kerja-kerja ibu di rumah.
Bila dia duduk berehat pun dia akan panggil semua untuk peluk dia sambil menonton televisyen. So ibu akan tutup api memasak, berhenti basuh pinggan dan lain-lain untuk join baba.
Bila orang tanya, baba romantik sama macam cerita 'Isteriku Bukan Tukang Masak' tak? Jawapannya, baba lebih daripada itu. Romantiknya bukan pada kata-kata sangat tetapi pada sentuhan kasih sayang yang melimpah ruah.
Terima kasih Allah kerana ciptakkan dari rusuk kiri insan penyayang ini. - Afifa Hamin, isteri Ajak Shiro.
Post a Comment