Kehidupan Yana Samsudin Cukup Sempurna Tanpa Zuriat
“Kehidupan saya seperti biasa. Alhamdulillah, syukur dengan kehidupan yang saya anggap sudah lengkap ini. Sudah berkahwin, semuanya sempurna ditambah boleh bekerja dan mencari rezeki, itu sudah memadai. Saya dan suami sibuk dengan kerja masing-masing”
“Apa yang penting, saya mahu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik kepada suami. Soal anak itu rezeki Allah. Kalau ada baguslah. Rasanya belum terlewat lagi kerana usia perkahwinan kami juga masih baharu”
“Mengandung atau belum, saya tidak mahu menjadikannya sebagai satu tekanan dalam hidup. Suami saya pun tidak cakap apa-apa. Tipulah, kalau saya tidak mahu anak. Namun, semuanya bergantung kepada masa. Kalau sudah ada, baguslah. Kami terima sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Selain menjelaskan bahawa dia dan suami tidak merancang dalam soal zuriat, Yana sudah cukup bersyukur dan menyifatkan bahawa kehidupannya ketika ini sudah cukup sempurna walaupun tanpa kehadiran cahaya mata.
Post a Comment