Header Ads

terkini Pemandu Teksi Bersubahat Culik Budak Di Kajang!!

SHAH ALAM, 10 Okt: 4 Lelaki ditahan berikutan insiden penculikan kanak-kanak lima tahun di Kajang, semalam.



Keempat-empat mereka, termasuk seorang pemandu teksi yang membawa pulang kanak-kanak itu kepada keluarganya, ditahan kurang dari 24 jam selepas penculikan berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata polis juga berjaya merampas kembali wang tebusan bernilai RM300,000 yang dibayar.

Kanak-kanak itu selamat pulang ke pangkuan keluarga selepas selama 8 jam kes penculikannya menjadi viral di media sosial dan Whatsapp.

Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak itu diculik di hadapan ibunya sendiri di luar sebuah tadika di Sungai Chua, Kajang.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.