Dato Vida Pening Letak 18 Logo Penaja di Jersey Pamoga Qu Puteh The Red Warriors
KOTA BHARU: Tanda tanya kalangan penyokong Kelantan mengenai gambaran sebenar empat rekaan jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) akhirnya akan terjawab menerusi pelancarannya pada 12 Februari ini.

Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, berkata syarikatnya akan mengeluarkan dua versi bagi keempat-keempat rekaan jersinya iaitu 'versi eksklusif' dan 'versi penyokong' dengan pengeluaran sebanyak 20,000 helai untuk edisi pertama.
Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida, berkata daripada empat rekaannya itu, jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri sementara warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) di tempat lawan.
"Semua rekaan itu sudah siap cuma ia masih diproses dan dijangka disiapkan pada awal Februari ini. Dua versi akan dihasilkan di mana versi eksklusif mungkin agak mahal kerana lebih berkualiti dan satu lagi versi agak murah sedikit.
"Semua jersi itu akan menggunakan kain jenis dri-fit kerana ia berkualiti dan tahan panas serta resap peluh sesuai untuk dipakai bila-bila masa. Tapi saya kini agak pening untuk menyusun kedudukan kira-kira 18 logo penaja di jersi PQPTRW.
"Bagaimanapun, saya boleh beri jaminan semua jersi ini akan disiapkan sepenuhnya pada 10 Februari ini sebelum dilancarkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 12 Februari nanti," katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.
BH Sukan sebelum ini melaporkan pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Dr Vida tetap dengan pendirian mahu PQPTRW memakai jersi yang dikeluarkan syarikatnya, bukan daripada syarikat barangan sukan, Nike.
Menurutnya, ini kerana syarikatnya sudah menyediakan empat jersi baharu untuk pemain Kelantan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Mengulas lanjut, Dr Vida berkata syarikatnya akan mengeluarkan satu lagi edisi yang mempunyai rekaan berbeza, pasti akan memberi kejutan kepada peminat PQPTRW nanti.
"Jersi merah jambu edisi kedua dengan rekaan eksklusif termasuk barangan rasmi PQPTRW akan dipertontonkan kepada umum dalam majlis pelancaran secara besar-besar pada April ini. Saya sudah berasa tidak sabar kerana ia pasti akan memberi kejutan kepada orang ramai," katanya.
Sementara itu, Presiden TRW Lembah Klang, Mohd Faizal Hasbi berkata terdapat banyak komen dalam laman sosial Facebook dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan masing-masing tidak sabar mahu melihat dan membeli jersi Kelantan keluaran DSV.

Post a Comment