Header Ads

Syura: Saya Serabut Dengan Tuduhan Bekas Suami

Melalui pendedahan bekas suaminya baru-baru ini, Juara MasterChef musim kedua, Syura Badron mengakui tertekan dengan dakwaan yang dinyatakan oleh suaminya kepada media. Sementara itu, dia enggan memberikan komen terhadap bekas suaminya itu.

“Maaf, saya tengah serabut sekarang ini terhadap tuduhan bekas suami saya. Berikan saya masa untuk bersendirian. Insya-Allah saya akan tampil memberikan jawapan,” katanya kepada Utusan Online.

Sebelum ini, Syura sendiri pernah menyatakan dia tidak mahu mendedahkan punca dan sebab perpisahan di antara mereka selain lebih selesa berdiam diri mengenai perkara tersebut.

Syura dan Mohd. Fadhly yang juga sepupunya mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan telah disahkan bercerai pada September lalu setelah tidak bersefahaman. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.