Tahun 2016, Tasha Shilla TIdak Akan Kongsi Kisah Peribadi
“Mudah-mudahan perjalanan hidup Tasha di 2016 akan lebih lancar. Tasha juga berharap karier Tasha menjadi seperti bintang di langit, terus bersinar. Biarlah masa membuktikannya. Yang pasti, Tasha belajar daripada kesilapan lalu”
“Tasha tidak akan lagi berkongsi kisah-kisah peribadi kepada umum. Cukuplah dengan apa yang sudah Tasha alami sebelum ini. Kalau boleh Tasha tidak mahu lagi dikenali sebagai artis yang sering dilanda kontroversi. 2016 adalah tahun untuk Tasha bangkit semula,” jelasnya kepada portal Tonton Extra.
Tahun 2015 sahaja Tasha terlibat isu putus cinta, dakwaan gambar bogel, bergaduh di kelab malam dan berpakaian seksi. Semoga apa yang diimpikan Tasha untuk tahun 2016 ini akan tercapai.
Post a Comment