Buli: Peralatan Tajam Memang Dilarang Dibawa Ke Sekolah
PUTRAJAYA - Susulan kes seorang murid sekolah rendah dipotong lidahnya semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan sudah melakukan siasatan dalaman dan menunggu laporan penuh siasatan penuh polis, lapor Harian Metro.

Laporan awal mendapati mangsa yang berusia 8 tahun itu telah dibuli oleh sekumpulan murid 9 tahun di tandas sekolah.
Bagaimanapun, kementerian tidak terus menunding jari pada guru kerana kes itu bukan berlaku di dalam kelas.
"Peralatan tajam sememangnya dilarang dibawa ke sekolah kecuali dengan kebenaran dan pemantauan guru.
"Sebelum ini ada yang mempertikaikan mengapa gunting tidak dibenarkan dibawa masuk ke sekolah. Ingin saya tegaskan bahawa perkara seperti inilah yang kita mahu elakkan. Sedih bila kejadian ini berlaku," katanya.
Sementara itu, keadaan mangsa dilaporkan semakin baik, menurut ibunya

Post a Comment