Isu Filem Gay , Aeril Zafrel Menafikan,Tiada Skrip Cuma Lihat Reaksi Orang Malaysia
Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila Aeril Zafrel memuat naik sekeping gambar yang kelihatan seperti dua orang lelaki sedang berpelukan di sebalik cermin.
Di dalam gambar tersebut, Aeril turut menandakan akaun Instagram Nazim Othman dalam gambar tersebut.
Ternyata perkara tersebut mendapat reaksi yang negatif dan mengejutkan daripada peminat.
Menjelaskan mengenai perkara itu, jelas Aeril, gambar tersebut sebenarnya diambil di laman sesawang sebelum dikongsikan ke dalam akaun Instagramnya.
“Sebenarnya tidak ada perancangan pun untuk buat filem tersebut. Skrip pun tidak ada lagi. Saya cuma hendak lihat bagaimana pandangan orang sahaja.
“Lagipun, kalau dilihat secara teliti, gambar itu sebenarnya adalah pantulan imej seorang lelaki yang sedang melihat dirinya di cermin.
“Cuma permainan gambar itu yang membuatkan orang ramai mentafsirkan bahawa ia kelihatan seperti dua lelaki yang sedang berpeluk,” jelasnya.
Tambahnya, dia menandakan nama Nazim dalam gambar tersebut kerana mereka mempunyai hubungan yang baik.
Jika dia berkeinginan untuk melakukan filem sekalipun bersama Nazim, jelas Aeril, bukan filem sebegitu yang akan diarahkannya.

Selain daripada berlakon, Aeril pernah menjadi pengarah untuk telefilem Omerta dan dia menganggap itu sebagai proses pembelajaran untuknya sebelum serius dalam bidang pengarahan. Bidang pengarahan menurut Aeril adalah sesuatu yang baharu baginya dan masih banyak yang perlu dipelajari.
“Bagi saya, seseorang pelakon itu perlu ada ilmu bukan sahaja menerusi lakonan, tetapi juga melibatkan cabang lain dalam bidang seni seperti pengarahan dan penulisan skrip,” jelasnya.
Buat masa ini jelas Aeril, dia lebih selesa untuk memantapkan dulu ilmu lakonan di samping mencuri masa untuk menimba ilmu dalam bidang lain.
Walaupun sudah lama berada dalam industri seni lakonan, lelaki ini mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya.
“Banyak perkara yang perlu saya perbaiki dan pelajari dalam bidang lakonan ni, biarpun sudah lama terbabit tapi setiap masa ada sahaja perkara baharu.
“Malah, hingga kini setiap kali saya terima tawaran, saya akan mencari seorang guru yang boleh menilai watak yang bakal saya lakonkan kelak. Dengan cara itu barulah saya dapat menilai kemampuan saya dalam membawa watak yang diberikan,” katanya.
Selepas berkahwin bersama Wawa Zainal, agak jarang untuk melihat isterinya terlibat dalam bidang seni.
Aeril sendiri menafikan sekiranya ada yang beranggapan dia melarang isterinya untuk terlibat dalam dunia seni.
“Saya benarkan dia berlakon tetapi tempoh rehat itu ditentukan oleh Wawa sendiri sebenarnya.
“Bagi Wawa, sepanjang ketiadaannya dalam dunia seni itu, dia mahu menghabiskan masa bersama dengan anak kerana momen itu lebih bermakna buat isteri,” jelas Aeril.
Menurut Aeril lagi, isterinya akan kembali ke dunia lakonan tidak lama lagi setelah puas berehat.
“Sekarang ini pun dia sudah mula memulakan perniagaan dan tidak lama lagi, akan mula kembali kerjaya lakonannya.
“Alhamdulillah, selepas berkahwin dan dikurniakan anak, rezeki kami semakin bertambah,” jelasnya.

Post a Comment