Khai Bahar Idam Nyanyi Bersama Siti Nordiana Satu Pentas
PETALING JAYA: Penyanyi jalanan, Khai Bahar menerima pelbagai maklum balas positif pengguna laman sosial selepas nyanyiannya secara maya bersama Siti Nordiana menerusi aplikasi Smule menjadi viral di laman sosial.
Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, dia turut menerima pelbagai undangan dan permintaan untuk menjalani temubual daripada beberapa media dan stesen radio tempatan.
"Alhamdulillah, selepas nyanyian duet saya dengan Siti Nordiana menjadi viral laman sosial Instagram, Facebook dan YouTube saya dibanjiri peminat sehingga kini sudah mencecah 97,000 pengikut.
"Saya terkejut dan tidak tahu bagaimana untuk balas semua komen dan banyak juga pihak yang menawarkan saya untuk nyanyi di majlis-majlis mereka menerusi Instagram.
"Sekarang saya terpaksa serahkan kepada kakak saya untuk uruskan dan balas komen-komen kerana saya tidak larat nak balas semua permintaan mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Khai berkata demikian ketika diminta mengulas tentang populariti yang dikecapi selepas video nyanyiannya yang digabungkan bersama Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih di aplikasi Smule mendapat perhatian dan menjadi viral.
Video tersebut juga mendapat sebanyak lebih 1 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada minggu lalu.
Sementara itu, Khai berkata, dia bakal menceburi industri hiburan secara serius tidak lama lagi selepas menandatangani kontrak di bawah label NAR Record.
Katanya, dia bakal datang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat bagi memulakan kerjaya sebagai artis dan merakam lagu pertamanya.
"Saya berasal daripada Perlis dan sejak tujuh bulan lalu saya berpindah ke Sarawak dan bekerja sebagai busking di sebuah kedai milik kawan saya.
Syarikat rakaman NAR Record sudah menawarkan kontrak sebagai artis beberapa bulan lalu sebelum saya jadi viral lagi. InsyaAllah akhir minggu ini saya akan ke Kuala Lumpur untuk persediaan sebagai artis rakaman," ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang Siti Nordiana, Khai berkata dia merupakan salah seorang peminat penyanyi wanita itu.
Dia mengambil kesempatan untuk berduet dengan penyanyi itu selepas mengetahui Siti Nordiana turut mempunyai aplikasi tersebut.
"Saya memang terlalu minat dengan Siti Nordiana terutama selepas dia menang Gegar Vaganza 2. Bila seorang kawan beritahu Siti Nordiana sudah ada aplikasi Smule untuk berduet saya terus gigih mencari akaun dia untuk menyanyi bersama.
"Saya gembira bila dia juga menulis komen positif dengan nyanyian saya di situ. Insya-Allah, impian saya dapat berjumpa dan nyanyi betul-betul dengan dia di atas pentas suatu hari nanti," ujarnya.

Post a Comment