Pernah Minta Tangguhkan Dapat Anak, Allah Makbulkan - Sharifah Sakinah
Sebelum ini pelakon dan pengacara Sharifah Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan dia tidak mahu untuk mendapatkan anak terlebih dahulu kerana mahu belajar dalam bidang kecergasan di New York.
Dipetik daripada artikel lalu;
“Saya nak sambung belajar dalam bidang fitness di New York. InsyaAllah, pada bulan April tahun depan. Program itu akan berlangsung selama tiga bulan. Jadi disebabkan itulah saya tak boleh hamil buat masa ini.

“Memang orang kata, masa belajar pun boleh mengandung tetapi masalahnya saya belajar dalam bidang fitness, jadi terlompat-lompat memang tak sesuailahkan. Lainlah jika saya belajar bidang lain,” jelas Sakinah jujur.
Namun rezekinya lebih cepat apabila Sakinah dan suami diberikan zuriat lebih awal daripada perancangan mereka. Bagaimanapun, zuriat tersebut tidak dapat bertahan lama. Sakinah memberitahu Berita Harian dia keguguran ketika masih di peringkat awal kehamilan.
Sungguhpun begitu, Sakinah dan suaminya Aliff Adha menerima ketentuan ini dengan reda.
Takziah Sakinah. Mungkin Sakinah perlu mengurangkan akviti di gym jika benar-benar mahukan cahaya mata. InsyaAllah boleh cuba lagi.

Post a Comment