TUAH GANDINGAN DENGAN SITI NORDIANA; KHAI BAHAR ARTIS BARU NAR RECORDS
Pemilik nama Muhammad Khairul bin Baharuddin atau dikenali dengan nama Khai Bahar, 22, kini menjadi perbualan netizen di laman sosial.
Khai dikenali netizen sejak dia memuat naik video berduet dengan juara program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana dengan lagu berhantunya, Memori Berkasih menerusi aplikasi karaoke 'smule'.
Kemudian, bakat nyanyian penyanyi remaja ini dihidu oleh syarikat rakaman NAR Records dan mengambil Khai sebagai artis baru mereka.
"Sebelum ini saya memang sudah mempunyai laman sosial sendiri di YouTube dan sering memuat naik video karaoke. Terdahulu pernah video karaoke saya menyanyikan lagu Rela Ku Pujuk dan viral di laman sosial Facebook. Tapi saya tidak menyangka bahawa video smule duet bersama penyanyi Siti Nordiana buat saya lebih dikenali ramai.
"Dulu pernah mencuba nasib untuk mengikuti pertandingan realiti Akademi Fantasia dua kali namun gagal. Memang hobi saya menyanyi sejak tiga tahun lalu lagi sehingga saya diambil bekerja di salah sebuah restoran di Sarawak sebagai penyanyi busking.
"Sekarang ini saya sudah menjadi artis di bawah label NAR Records untuk tempoh dua tahun, manakala kerjaya sebagai seorang penyanyi di Sarawak masih lagi diteruskan atas nasihat NAR Records. Jika diikutkan sudah lama syarikat ini mahu mengambil saya sebagai artis rakaman mereka. Namun saya masih belum bersedia pada ketika itu," ujar Khai mengakhiri perbualan

Post a Comment