Pelajar Sekolah Nyaris Jadi Mangsa Rogol
BUKIT MERTAJAM - Jeritan dari seorang remaja perempuan menyebabkan seorang lelaki terpaksa melupakan niat jahatnya untuk merogol mangsa dan terus melarikan diri dalam kejadian di Taman Mutiara, Lebuh Keranji, Rabu lalu. 
Difahamkan pelajar tingkatan 4 itu sedang menunggu bas sekolah berhampiran dengan rumahnya pada jam 6.20 pagi, cuba dirogol oleh suspek.
The Sun melaporkan, mangsa yang berusia 15 tahun itu sebelum itu berjalan melewati beberapa kedai dan secara tiba-tiba suspek muncul di hadapannya. Suspek terus memegang kaki mangsa dan memaksanya duduk di atas lantai.
"Mangsa menjerit meminta tolong apabila suspek menumbuk mulutnya agar berdiam diri," kata sumber polis.
Ibu mangsa yang mendengar jeritan itu keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.
Mangsa kemudian dibawa oleh ibunya ke balai polis untuk membuat laporan.
Dalam kejadian berasingan di Butterworth, seorang wanita berusia 27 tahun ditumbuk selepas dicaubl oleh seorang lelaki dalam kejadian jam 7.20 pagi hari ini.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Lim berkata, suspek yang berusia lingkungan 30 itu pada awalnya memaklumkan bahawa tayar keretanya pancit ketika dalam perjalanan untuk menghadiri upacara pengebumian di Jalan Permatang Pauh.
Lim kemudian memberhentikan keretanya di bahu jalan dan lelaki itu datang menawarkan bantuan kepadanya.
"Dia pegang tangan saya untuk memeriksa jika ada paku tercucuk pada tayar kereta, namun tiada. Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepadanya dan mahu masuk ke dalam kereta.
"Dia kemudian menyuruh saya masuk ke tempat duduk penumpang di belakang. Saya tak tahu apa motifnya dan hanya ikut saja arahan dia.
"Secara tiba-tiba dia memegang paha saya ketika saya cuba menutup pintu kereta," katanya yang terus menolak tangan lelaki itu.
Akibatnya, mangsa ditumbuk di bahagian mata kanannya.
Mangsa kemudian menghubungi ahli keluarganya untuk membantu dan pergi mendapatkan rawatan di hospital sebelum membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Suprintendan Mohd Sabri Mohamed mengesahkan kedua-dua kejadian itu. Bagaimanapun masih tiada tangkapan yang dibuat pada masa ini.
Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika disabitkan bersalah.

Post a Comment