Bila Artis Berniaga,Semua Berebut Beli. Bila Kawan Sendiri?
Mindset dan mindmad
- Bila Nealofa jual tudung, semua beratur beli.
- Bila Fizo Mawar jual tudung, semua bergaduh nak beli.
- Bila Anzalna jual baju kurung, semua pakat beli.
- Bila Scha Alyahya jual blouse, semua nak beli.
- Bila Che Ta jual jubah, semua teruja nak beli.
- Bila Fynn Jamal jual seluar, semua sawan nak beli.
- Bila Zizan jual t-shirt, semua ghairah nak beli.
Walaupun pakaian yang mereka keluarkan tak patuh syariah. Walaupun pakaian yang mereka keluarkan, indah khabar dari rupa.
Bila Betty Rahmad, Izzue Islam, Arja Lee, Tasha Shila, Kak Ogy, Yana Samsudin jual biskut raya, awal tahun lagi semua dah tempah. Walaupun tak sedap mana, harap glamour balang botol letak atas meja.

Bila revolusi minyak wangi artis menular. Che Ta, Dato' Siti Nurhaliza, Fazura, Shila Rusly, Rita Rudaini, Remy Ishak, Nealofa keluarkan jenama minyak wangi sendiri, semua berebut nak beli. Walaupun sumber mereka dari tempat yang sama, walaupun wangian mereka setanding minyak wangi roll on sebotol RM5 di booth-booth kecil di pasar raya. Semua beli sahaja, habiskan wang gaji sebab nak nampak glamour. Tawar menawar tiada, beli saja.
Tetapi bila kawan sendiri berniaga, tak lekang di mulut, "Tak dapat kurang ke?", "Mahalnya."
Itu nasib baik beli juga, katanya support member. Ada pula nak lalu kedai kawan pun tak sudi. Nak like status business kawan-kawan pun berat jari tak sudi. Ada pula tu, kawan jual barang artis ternama pun ada berkata, "Tak apalah saya beli dengan dealer".
Come on laa, semua barang di pasaran itu ada kualitinya. Kalau kawan letak harga tinggi, itu disebabkan modalnya. Yang penting, jangan condemn bila kawan berniaga. Kalau ada yang tidak kena, tegur dan beri nasihat yang membina.
Sekian, melayu kita konon support member tapi nan hado. - Niena Rizal |
Post a Comment