Pekerja KFC Kelantan Bakal Dapat Uniform Tutup Aurat
Nampaknya kini Kelantan melangkah setapak lagi maju ke hadapan dalam bab menutup aurat apabila kerajaan negeri di sana akan menguatkuasakan peraturan pemakaian sopan dan menutup aurat di restoran-restoran makanan segera, berkuatkuasa Januari 2017 nanti.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, perbincangan dengan pemilik pasar raya dan pemilik perniagaan di negeri tersebut sudah dilakukan dan setakat ini, hanya KFC yang sudah mula melakukan perubahan.
“Penguatkuasaan ini akan melibatkan KFC, Mc Donalds, Marry Brown dan restoran makanan segera lain di negeri ini. Di bawah PBT, kita sudah adakan perbincangan agar peniaga mengenakan uniform yang sesuai dengan negeri Kelantan”
“Setakat ini, restoran makanan segera KFC sudah melakukan perubahan itu tahun ini, walaupun belum menyeluruh,” katanya dipetik daripada Sinar Harian. Sementara itu, pekerja bukan Islam tidak tertakluk dengan peraturan berkenaan tetapi dinasihatkan berpakaian sopan.



Post a Comment