Promosi Kopi Macam Nak Berperang, Polis Tahan Kenderaan Milik Syarikat Kopi Terkenal

Tindakan diambil kira-kira jam 11.30 pagi semalam selepas orang awam telah membuat aduan di balai Cyberjaya terdapat sebuah kereta pelancar roket berkeliaran di kawasan berkenaan
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pengadu bersama anggota polis kemudiannya telah ke lokasi kenderaan itu dilihat dan hasil rondaan serta pemerhatian menemui kenderaan itu dengan dua replika pelancar roket di atasnya.
"Pengadu dan anggota menghampiri kenderaan berkenaan serta mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan dan susulan itu, dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun ditahan serta dibawa ke Balai Cyberjaya untuk tindakan lanjut.
"Berikutan itu, polis merampas kenderaan berkenaan dan kedua-dua lelaki terbabit diikat jamin semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Aziz berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.


Post a Comment