Loque Tertarik Sifat Misteri Aisyah Aziz
PETALING JAYA: Komposer Loque menyifatkan pemilihan Aisyah Aziz sebagai pasangan duetnya menerusi lagu Uda dan Dara kerana menyukai sifat misteri yang ada pada penyanyi berasal dari Singapura itu.
Loque atau nama sebenarnya Khairil Annuar Ridzwan Alias, 38, berkata, dia melihat perkara itu sebagai tambah nilai buatnya sebagai komposer kerana dapat menerokai bakat yang tidak pernah ditonjolkan oleh wanita berkenaan.
"Saya sebenarnya tidak suka mengulangi apa yang pernah saya lakukan sebelum ini dan pemilihan Aisyah kerana ingin menampilkan sesuatu kelainan.
"Tambahan pula dia mempunyai sifat misteri yang membolehkan saya menerokai sisi berkenaan dan menghasilkan sesuatu berbeza," katanya kepada mStar Online.
Uda dan Dara yang juga lagu tema filem Pekak bakal dimuatkan dalam album terbaharu penyanyi itu yang berjudul Jangan Puja Sampai Kecewa.

Tambah Loque, Aisyah mempunyai kualiti suara berbeza iaitu gabungan moden dan klasik yang membuatkan dia istimewa dan sesuai dengan lagu tersebut.
"Apa yang pasti ini bukan kali terakhir saya bekerjasama dengannya kerana saya tertarik dengan keunikan yang ada pada dia," katanya.
Bercakap lanjut mengenai lagu berkenaan, Loque berkata, ia pada asalnya adalah versi solo yang digunakan sebagai skor kepada filem berkenaan.
Bagaimanapun, pengarah Pekak, Mohd Khairul Azri memintanya menghasilkan lagu tema untuk naskah berkenaan sebelum tampil dengan versi duet bersama Aisyah.
"Pada asalnya Uda dan Dara adalah versi solo dan digunakan sebagai skor dan saya hasilkan lagu ini berdasarkan watak Uda lakonan Zahiril Adzim yang cacat pendengaran.
"Saya cuba menzahirkan bagaimana ingin menghasilkan sebuah lagu dalam imaginasi seorang cacat pendengaran terhadap muzik," ujarnya.

Post a Comment