Muka budak melecur teruk terkena kuah panas, keluarga tuntut pampasan RM250K
Mangsa dikejarkan ke hospital dan kini masih dirawat. Namun mangsa bernasib baik kerana keadaannya tidak kritikal.
Keluarga mangsa menuntut pampasan 390,000 RMB (RM250,132) dari pihak restoran, namun pemiliknya enggan menuruti permintaan mereka sehingga kes itu disiasat oleh pihak ketiga.
"Kami boleh beri lebih dari 390,000 RMB jika keluarga mangsa boleh memberi dokumen pengesahan bahawa mangsa memerlukan amaun sebanyak itu untuk menanggung kos rawatan kanak-kanak berkenaan," kata salah seorang pengurus restoran berkenaan.
Bagaimanapun laporan tidak menyatakan sama ada pihak restoran mahu kejadian itu disiasat oleh pihak berkuasa.
Post a Comment