Header Ads

Sebagai Ibu Takkan Saya Nak Biar Anak Didera? – Salma Mentor

Beberapa hari lepas kecoh dengan berita bekas pelajar AF9, Azri yang di hadapkan ke Mahkamah Sesyen  atas tuduhan mendera anak tirinya, Putri Nurul Huda dengan mencelup kedua-dua belah tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri, Jalan Putra Indah, 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya , kira-kira pukul 8 pagi, 5 Mei tahun lalu.

Diasak dengan pelbagai persoalan, Salma bekas juara program Mentor musim kelima bagaimanapun tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut mengenai kes tersebut atas nasihat peguam suaminya. Namun, Salma akui beliau sebagai ibu tidak akan mungkin sanggup melihat anaknya didera.
Salma juga ada menyatakan hubungan Azri bersama Putri yang merupakan anak tirinya sebenarnya begitu rapat.
Sebagai ibu takkan saya nak biarkan anak didera. alau baca komen-komen di media sosial itu memang sakit hati, sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya serahkan perkara ini kepada pihak yang lebih adil.
Putri memang mengalami kulit sensitif sejak kecil. Saya tak boleh bagi komen lebih lanjut. Tunggu sahaja laporan lengkap. Cuma apa saya boleh cakap, hubungan Azri dan Putri sangat rapat. Malah, lebih rapat daripada dengan saya.

Pada masa yang sama, Salma akui beliau cukup bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama Azri dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.Walaupun terkejut dengan apa yang berlaku, Salma anggap ia adalah ujian buat dirinya dan redha dengan setiap dugaan.
Dikuasakan oleh Blogger.