Header Ads

Hafidz Roshdi Rahsiakan Jantina Anak

Pelakon Hafidz Roshdi yang tidak lama lagi akan bergelar bapa memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk berkongsi soal jantina anak tetapi sekiranya diberi peluang dia mahukan anak lelaki.



“Tak nak kongsi jantina anak, tapi kalau boleh saya nak anak lelaki, tapi tak kisah jugalah laki atau perempuan asalkan sihat. Bulan september ini adalah jangkaan isteri saya bersalin. Saya teruja juga untuk menjadi seorang ayah walaupun pada mulanya tak sangka. Alhamdulillah, semua ini rezeki,” katanya yang ditemui di Majlis Iftar Review Intekma.

Tambahnya persiapan untuk menyambut hari Raya pada tahun ini lebih kepada persiapan menyambut kelahiran bayi dan sedikit sebanyak sudah dilakukan serta turut bertanyakan pengalaman daripada bapanya.

“Persiapan raya lebih kepada persiapan baby. Saya akan bercuti tiga minggu dan akan mula balik penggambaran. Perkara lain saya banyak bertanyakan pengalaman dari abah,” katanya sambil tersenyum.
Dikuasakan oleh Blogger.