“Sebab Aku Jaga Kau Lah Kedai Aku Terbakar," Kata-Kata Anak Derhaka Sebelum Hantar Ibu Ke Rumah Orang Tua 12 Tahun Lalu
Ibu dan ayah, apabila mereka meningkat umur tua dan tidak mempunyai kudrat lagi, waktu ini anak-anak perlu memainkan peranan memnjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita dari kecil hingga berjaya.
Di hari raya ini, tidak semua bernasib baik seperti sesetengah ibu bapa kita, bagaimanakah perayaan yang disambut oleh mereka yang tidak bernasib baik, warga emas dia rumah warga tua yang beraya tanpa anak-anak yang mereka jaga sejak kecil.
Sebuah kisah yang dikongsikan oleh Muji Sulaiman, iaitu Pengasas Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Pulau Meranti, sebuah kisah yang tidak dapat dilupakan olehnya, kata-kata keluar daripada mulut seorang anak derhaka kepada ibu kandungnya sendiri.
“Sebab aku jaga kau lah kedai aku terbakar," itu antara kata-kata dilemparkan seorang anak lelaki kepada seorang penghuni pusat jagaan itu yang berusia 98 tahun bernama Fatimah (bukan nama sebenarn) kira-kira 12 tahun lalu.
Ianya kata-kata yang cukup menyedihkan apabila seorang ibu yang berkorban hidup menjaganya diperlakukan sedemikian.
“Memang saya tak boleh lupakan kata-kata itu sebab anak dia cakap depan saya, dia seolah-olah menyalahkan ibunya punca kedai runcit diusahakan terbakar dan perniagaan merosot ketika menjaga wanita tersebut.
“Waktu tu saya ada juga tegur perangai anaknya tapi mereka tetap ‘berkeras’ mahu tinggalkan ibunya di pusat jagaan warga emas ini,” katanya yang menyatakan warga emas itu tidak pernah tinggal solat sepanjang menghuni pusat jagaan berkenaan.
Muji berkata, Fatimah yang tidak fasih berbahasa Melayu itu menangis hampir setiap hari selepas dihantar anaknya ke situ dan setelah beberapa tahun hanya seorang anak saudara datang melawatnya.
"Anak kandung yang dinanti setiap hari tak pernah datang menjenguk. Paling hiba, setiap kali menjelang hari raya, dia akan selalu jenguk ke pintu rumah, mungkin tunggu tiga anaknya datang.
"Tapi pada hari biasa dia tak macam tu. Sedih lihat keadaan dia yang menghidap penyakit tua dan terpaksa memakai lampin pakai buang sebab sekarang dah tak berupaya bergerak,” katanya.
Beliau memohon kepada ahli keluarga warga emas berkenaan terutama anak kandung, datanglah melihat keadaan wanita berkenaan terutama pada Aidilfitri.
“Apa yang saya cerita inilah yang berlaku kepada dia ketika mula-mula dihantar ke sini, saya tak ada tambah cerita," katanya.
Beliau yang sudah mengasaskan rumah berkenaan sejak 14 tahun lalu berkata, selain wanita berkenaan terdapat beberapa lagi warga emas yang tidak pernah dilawati ahli keluarga selepas dihantar ke situ

Post a Comment