Header Ads

RM10 Juta Kempen PRU Zaman Tun M Tak Rasional – Najib Razak

mahathir-kritik-najibPERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataaannya hari ini, menafikan dakwaan mantan PM, Tun Dr Mahathir bahawa ketika zaman pemerintahannya dahulu, beliau cuma membelanjakan RM10 juta untuk setiap pilihan raya umum yang dibuat.

Ujar Najib lanjut, beliau sering mempertahankan Dr Mahathir sebelum ini, namun kenyataan terbaru itu disifatkannya perlukan ‘munasabah’!

Memetik laporan Malaysiakini, Najib berkata, perbelanjaan untuk deposit bagi setiap kawasan sahaja memperuntukkan sejumlah RM41 juta.

“Itu dah lebih RM10 juta,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Kepala Batas, hari ini.

Sambung Najib, “Itu tak termasuk berapa banyak baju T dan mesyuarat lagi.

“Nak kritik pun kena ada asas dan mesti masuk akal. Ia tidak logik dan rasional. Oleh itu, saya akan betulkan keadaan.” - MYNEWSHUB.CC


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.