Thomas Muller Dilaporkan Mahu Sertai Man United
Dilaporkan, bintang Piala Dunia bagi pasukan Jerman yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford kini memutuskan untuk menyertai kelab di bawah bimbingan Louis van Gaal.
Manchester United dipercayai pernah membuat dua tawaran buat Muller namun ditolak oleh pasukan gergasi Bundeliga, Bayern Munich, yang dilihat seolah-olah meletakkan harapan untuk memastikan perjanjian itu dapat dimeterai.
Bagaimanapun menurut Sunday Express, Muller mahu mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya untuk menyertai Manchester United sebelum tingkap perpindahan berakhir pada awal September ini. - Mirror
Tags / Kata Kunci:
Post a Comment