Anzalna Nasir Bakal Nikah Hujung Tahun
“Tetapi buat masa sekarang saya masih belum boleh umumkan tarikh nikah kami. Saya tidak boleh cakap sekarang sebab masih dalam perbincangan. Apa yang pasti, persediaan untuk melangsungkan perkahwinan sudah dilakukan secara berperingkat-peringkat”
“Kalau ada hari rehat dan tidak terlibat dengan penggambaran, saya sudah keluar membeli barang-barang untuk keperluan kahwin. Sekarang saya tengah pening kepala sebab banyak urusan yang harus diselesaikan,” katanya kepada akhbar tersebut.
Tambah Anzalna, sepanjang empat tahun bercinta, dia dan kekasihnya, Hanif Zaki, tidak banyak diduga dan jarang bergaduh selain mengakui selesa dengan Hanif kerana bakal suaminya itu sangat memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Post a Comment