Header Ads

'Tolong! Jangan Pukul Saya!'

GOMBAK - Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemui di bawah lantai dapur sebuah rumah dan keluarga berkenaan dikatakan tidak pernah bercakap dengan jiran mereka.

Seminggu sebelum keluarga itu berpindah keluar, jiran-jiran berdekatan terdengar seorang kanak-kanak lelaki menangis kuat.

"Tolong! Jangan pukul saya! Jangan pukul saya!"

Penduduk di Taman Usaha Jaya berkata, mereka sedih dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak itu, namun tidak terkejut dengan penemuan itu. Malah turut berkata 'ada sesuatu yang tidak kena' dengan keluarga berkenaan.

Selain kerap menyepikan diri selama 8 bulan menetap di rumah itu, jiran-jiran seringkali terdengar tangisan anak-anak mereka yang dipercayai dipukul.

Ten Heen, 65, saudara kepada pemilik rumah sewa berkenaan menyifatkan penyewa lelaki yang berusia 33 tahun itu berupaya memusnahkan mangsanya.

"Tangannya dipenuhi tatu dan bersifat dingin apabila ditegur. Apabila dia keluar dari rumah, dia kelihatan seperti resah dan takut jika orang lain mengenali dia," dedah Ten yang juga menyatakan lelaki itu tinggal bersama isteri, dua anak perempuan serta dua anak lelakinya.

"Bau pelik (bahan kimia) yang datang dari rumah itu juga menimbulkan rasa pelik kejiranan di sini.

"Anak mereka masih muda, mungkin yang paling tua pun mungkin baru menginjak ke sekolah menengah.

"Bulan lepas, saya terdengar pergaduhan besar di dalam rumah itu dan anaknya merayu-rayu agar tidak dipukul.

"Keesokkan harinya, salah seorang jiran berdekatan perasan yang salah seorang anak lelaki mereka hilang dan tidak keluar dari rumah.

"Sehari selepas kejadian itu pula, keluarga itu membawa masuk seorang kontraktor untuk menggali lubang," katanya.

Ten juga diberitahu oleh adik iparnya, keluarga itu mengupah kontraktor berkenaan untuk membaiki paip yang tersumbat di dalam bilik mandi.

Keadaan keluarga itu menjadi semakin aneh dan rumah mereka senyap dan sunyi hampir seminggu. Namun, pada pertengahan bulan April, keluarga itu dilihat berpindah keluar dari rumah itu.

Pada Jumaat lalu, pekerja pengubahsuaian menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki ditanam di bawah lantai dapur setelah terhidu bau busuk dari sebuah lubang di lantai dapur rumah itu.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan dibungkus dengan kain dan mereput.

Ketua Polis Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk Mohd ADnan Abdullah berkata, mayat kanak-kanak itu dipercayai kanak-kanak perempuan kerana mayat berambut panjang, berbeza dengan dakwaan jiran-jiran yang menyatakan kanak-kanak lelaki yang hilang.

Menurut jiran yang lain, Azizan Shafiee, bukan sahaja bapa mereka mengelakkan diri dari bercakap dengan jiran, malah anak-anaknya juga berbuat perkara yang sama.

"Apabila dia pulang dari kerja, dia tidak akan keluar dari kereta jika ada jiran yang berdiri di luar rumah. Dia hanya berpusing di sekitar kawasan kejiranan sehingga tiada seorang kelibat jirannya berada di luar rumah.

"Saya tidak mengenali mereka tetapi sedih dengan kejadian ini. Mangsa hanya seorang kanak-kanak dan tindakan lelaki itu terlalu kejam!"

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, siasatan mendapati mangsa mungkin mati pada bulan April. Bagaimanapun, punca kematian masih tidak diketahui.


Dalam perkembangan terbaru, bapa mangsa sudah berjaya ditahan di Sabah, manakala ibu dan anak-anak mereka masih dikesan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.