1 Juta Baju Merah Untuk Lawan Bersih Oktober Ini - Jamal Md Yunos

Datuk Jamal Md Yunos memberitahu di dalam satu sidang media bahawa dia sangat yakin dapat mengatasi jumlah mereka yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.
"Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta 'Baju Merah' akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib", kata Jamal memetik laporan TheMalaymailOnline.
"Ini akan menunjukkan bahawa Perdana Menteri juga mempunyai ramai penyokong", tambahnya.
Puluhan ribu orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini bagi menggesa Najib meletak jawatan
Post a Comment