Header Ads

Ayu Raudhah Mula Tuntut Janji Zaquan Adha Selepas Empat Tahun Diri Rumah Tangga



Suatu Masa dahulu nama Ayu Raudhah sentiasa menghiasi kaca-kca televisyen dengan melakonkan pelbagai watak yang sudah pasti memberikan kesan yang menarik melalui lakonannya.

Namun sejak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abdul Razak, pada 2011 lalu, beliau telah mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan kini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Tetapi dalam kesibukan menguruskan keluarga Ayu sempat juga berlakon dan berjaya melakar kejayaan tersendiri apabila tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah, pada Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27).

"Sudah tentunya saya terkejut, tergamam dan teruja. Perasaan saya bercampur baur sehingga tak tahu nak cakap apa.

"Alhamdulillah, syukur di atas pencalonan ini. Walaupun hanya tercalon, tapi bagi saya ia bagaikan satu pengiktirafan yang besar apatah lagi ini adalah yang kali pertama.

"Malah, saya juga akan menuntut janji dari suami yang memberitahu akan menemani jika saya tercalon untuk mana-mana anugerah walaupun suami bukanlah seorang yang gemar hadir ke majlis-majlis hiburan," katanya dipetik dari Sinar Online.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.