【Video】Anjing ini mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan seorang budak daripada dilanggar kereta
elalui ‘post’ yang dikongsi pada laman Facebook UOK, insiden ini dikatakan berlaku di Thailand dan melibatkan seorang dewasa iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut yang sedang merakam detik anaknya yang bermain basikal roda di atas jalan raya.
Sementara itu, anjing peliharaannya pula sedang berlegar-legar di kawasan berdekatan sambil memerhatikan jalan.
Dalam rakaman video 18 saat ini, anda dapat saksikan anjing wira ini mempamerkan tindakan yang pantas dalam memastikan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.
kredit: UOK
Dalam video tersebut, sebuah kereta berwarna biru sedang mengharungi selekoh di mana kanak-kanak tersebut sedang bermain. Sekiranya tidak berhati-hati, kereta tersebut mungkin akan terlanggar anak kecil tersebut.
Namun, sebelum kereta tersebut sempat untuk meneruskan selekohnya, anjing yang berani ini telah mengambil risiko dengan berlari ke arah kenderaan tersebut untuk menghentikannya.
kredit: UOK
Tindakan pantas anjing tersebut telah membuatkan kereta berkenaan berhenti untuk mengelakkan daripada melanggar anjing itu sekali gus menyebabkan kemalangan yang lebih teruk berlaku kepada anak kepada tuannya.
kredit: UOK
Dengan kadar segera, ‘post’ ini menjadi tular dan para netizen amat memuji tindakan bijak dan pantas serta seolah-olah wira oleh anjing tersebut.
Terdapat beberapa netizen yang memuji dengan menyatakan “Haiwan juga mempunyai rasa tanggungjawab dan kasih kepada manusia. Saya sangat tersentuh melihat tindakan anjing ini.
Anjing yang sangat hebat, saya merasakan mahu mengambil seekor sebagai haiwan peliharaan!”.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pihak yang melemparkan komen-komen negatif terhadap video tersebut dengan menyatakan bahawa ianya sekadar lakonan.
Apa-apa pun, anjing sememangnya haiwan yang boleh diharap dan disebabkan itu, ia digelar sebagai sahabat karib manusia!
Era Baru
Post a Comment