'Aku saja test nak pinjam RM1,000, tak sangka sahabat lama itu satu-satunya manusia yang sudi bantu'
Allahu, terkesan betul baca perbualan dua sahabat ini. Status dan gambar yang dimuat naik oleh Reza Shahrill Mahadi ini benar-benar menunjukkan siapa sahabat yang sudi tampil membantu ketika dia dilanda kesusahan.
Bukan senang mahu mencari sahabat seperti ini. Walaupun tahu dirinya serba tidak cukup, namun digagahkan juga niat mahu membantu rakannya itu. Ending perbualan mereka lebih menyentuh hati.
"Kawan masa senang, senang nak cari. Yang masa susah, memang susah nak jumpa. Ramai yang suka menerima tetapi tidak ramai yang suka memberi. Aku saja test tadi, nak tengok siapa yang sudi tolong. Nak bagi dia hadiah.
"Tak sangka pula sahabat lama itu satu-satunya manusia yang menghubungi aku melalui chat. Terharu pulak," tulis Reza di Facebooknya.
Urgent, nak pinjam RM1,000...
"Aku sebenarnya chat ko ni nak cubalah tolong apa yang aku mampu"
"Aku dapat tolong ko dalam RM300. Tak dapat nak bagi banyak sebab hujung bulan nak berniaga di bazaar ramadhan"
Post a Comment