Header Ads

'Inilah orang yang meragut rantai leher anak saya!'



KLANG, SELANGOR - Seorang wanita berusia 30 tahun ditahan kerana meragut rantai seorang kanak-kanak perempuan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di GM Klang, mangsa yang dikenali sebagai Echa, tiba-tiba menangis sebelum disedari oleh ibunya, Aimi Filzah.



"Saya sedang membeli baju, tiba-tiba anak saya menangis. Lehernya merah kerana rantainya ditarik. Anak saya menangis dan menunjuk pada seorang wanita di kedai sebelah," katanya.

Aimi kemudian menghampiri wanita itu dan bertanya sama ada dia ada mengambil rantai anaknya atau tidak. Namun wanita itu menafikannya sebelum dibawa ke belakang kedai untuk diperiksa seluruh badan termasuk beg tangannya. Bagaimanapun, Aimi gagal menemui apa-apa.

"Saya menggesa kakitangan di kedai tersebut untuk periksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan dalam masa yang sama wanita itu masih menafikan dakwaan anak saya.

"Apabila saya pusing melihat ke tempat wanita itu berdiri tadi, saya mendapati rantai anak saya berada di bawah tempatnya berdiri. Saya ambil rantai itu dan meminta kakitangan kedai itu memanggil pihak pengawal keselamatan," katanya.




Menurut Aimi lagi, ini bukanlah kali pertama wanita yang berasal dari Sabah itu melakukan jenayah meragut rantai kanak-kanak. 

"Saya juga menemui rakaman CCTV dia meragut rantai kanak-kanak lain tahun lalu. Jangan biarkan wanita ini mendekati anak-anak kita," katanya. 


Ekoran kejadian itu, mangsa yang cedera ringan di leher masih trauma dengan kejadian itu.

Difahamkan, Aimi telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian untuk tindakan lanjut. 
Dikuasakan oleh Blogger.